Dr.Notts mengarahkan kami utk menari dsamping mmbuat miming sahaja.suara tk boleh keluar tau..kamera pula tak boleh bergerak langsung..kena duk diam je dari awal sehinggalah akhir lagu yang dimimingkan itu.
bermula dengan memilih lagu yang berkenan dihati, tema pakaian, step-step untuk mnari sehinggalah ke lokasi untuk mebuat video berkenaan sangat2 lah merumitkan. memandangkan ni kerja kumpulan, maka dengan itu kerjasama sesama ahli it tersangatlah penting. memang aku sangat bernasib baik la sebab dapat bgabung dengan orang-orang yang sememangnya boleh sekepala dengan aku.Kalau tak sekepala aku rasa haru jugak lah nak buat benda alah ni.
hasil drp perbincangan brsama ahli kumpuln, kami telah sepakat ut memilih lagu Gadis dan Bunga dendangan Rahimah Rahim, lokasi penggambara video pula di Taman Botani, Putrajaya..(jauh kami menjelajah semata-mata nk buat video ni) sebenarnya nk merayap, buat video tu alasan kukuh je..tema pakaian pula ala-ala gedik 90an gitu..haha..
setelah berkali-kali mbuat perkara yang sama, akhirnya kami sepakat utk memilih rakaman kali ke-8 utk diuploadkan ke dlm youtube sepertimana yang telah diarahkan oleh Dr. Notts. sebelum upload tu mestilah kena edit dulu..bab kerja edit-edit ni lah yang payah sebenarnya..menuntut tahap kesabaran yang sangatlah tinggi..tp kami tak mengalah..buat juga la sampai kami puas hati. selepas dua jam mengupload barulah hasilnya terlihat di laman youtube sepertimana yang dah ada sekarang ni. yang kat bawah ni gambar-gambar kami selepas penggambaran video tulah..sajalah nak bagi korang usha kan..hehehe..