ikuti aku

Tuesday 28 May 2013

BBM3410: SALAM TERAKHIR



                                                    NAMA: SITI NOOR RIHA BINTI SULONG
                                                    MATRIK: 156365




terlalu pantas masa berlalu sehinggakan aku sendiri terleka dalam angan-angan yang tak pernah kesampaian.  ditambah pula dengan kerja-kerja dr Dr. Notts yang menimbun membuatkan lagi masa yang pantas berlalu tidak aku rasai.

BBM 3410 = kursus bahasa dalam multimedia yang dulunya aku anggap sgt mudah rupanya jauh berbeza dr sangkaanku. hah! jdi pd sesape yg bakal ambik sem dpn tu jga-jaga lah yer..brani ckp ooo mahu mati bt kerja-kerja  dlm kursus nih. yang malu-malu kucing pun terpakse hilangkan malu tu..tahu pasal ape??? korang tunggu laa..hahaha

apa-apa pun terima kasih sangat-sangat kat Dr.Notts sbb bagi aku peluang tuk rasa semua kesusahan, kepayahan, kesakitan, kesulitan dan yang seangkatan dengannya bagi menyiapkan semua tugasan yang diberi. kerana Dr.Notts jugalah baru aku tahu kemampuan diri ak disebalik kelemahan yang ada dalam diri ini. 

Ni aku nk crite kat korang sikit la kan..saja la nk kepoh..mula2 masa dftr kursus ni dlu nama pensyarah lain yang naik tau. tapi dgr khabar angin mmg Dr.Notts la yang akan ajar.pastu dgr pulakla kisah-kisah seram dr senior yang mengatakan bahawasanya Dr.Notts ni sgt-sgt la garang. dan ak yg lurus mcm pembaris mmg terus percaya la kan..budak baik la katakan.

cerita tntg Dr.Notts  yg dikatakan khabar angin tu mmg ade btulnya. garang gila oooo..masuk kelas lambat tak boleh, pakai selipar gi kelas x boleh, bckap byk sikit lam klas pun x boleh, pokok pangkalnya apa pun tak boleh. kalau time kelas dia je mmg penat la nk brsiap. kalau pegi kelas lain blh je pakai selekeh2..dah la garang lepas tu bagi kerja tiap-tiap minggu macam la kami ni nak duk kat upm ni lima tahun lagi. belambak sampai tak boleh nak timbang dah. nk sebut satu persatu kerja yang Dr. ni bagi memang xlarat nak taip la. boleh lebam kot jari nih lau nk crite jgk..(saja la nk propa sikit)..

tp.....bila difikirkan balik lepas 14 minggu berkuliah utk semester ini ada jugak betulnya. pegi kelas kene la pkai kemas2..baru nmpk cam student..ni pkai selekeh cam nak gi pasar malam jer. mmg  la x patut kan. kerja byk pun dia bg sbb dia nak kita blajar bkerja bwh tekanan..xleh ckp lam klas sbb dia nk ajar kita fokus..apa dia buat tu msti bersebab..kalau kita tgk dengan mata kasar mmg kita xnmpk apa2. tp kalau kita nilai dengan mata hati barulah kita akan nmpak perkara positif yg ada dlm setiap perkara yg beliau arahkan.

Bt Dr.Notts kat sini sy nk ambik ksmpatan yg ada nih nk ucapkan banyak2 terima kasih sbb byk bg ilmu dlm multimedia yg mgkin blh sy aplikasikn d masa yg akan dtg, in shaa Allah..sama ada Dr. Notts perasan atau tidak khadiran sy dlm kelas tu sy tdk pasti..yalah, ramai kot mnusia kat dalam klas tu..


disini, sy sertakan juga link video-video yang dapat kami hasilkan..ianya juga adalah hasil tunjuk ajar dr Dr. Notts yg sgt2 disayangi..hehe..

http://www.youtube.com/watch?v=59McrZpbiXE (VIDEO LAGU ONE SHOT)

http://www.youtube.com/watch?v=-lnXEfoJo3g (VIDEO SERAM)

http://www.youtube.com/watch?v=ucj9tnGuTWQ (VIDEO TANPA WAJAH)

http://www.youtube.com/watch?v=477QPvDZGQk (VIDEO BOLEH DAN TIDAK BOLEH)

http://www.youtube.com/watch?v=wuPrH0bvgNg (VIDEO GAMBAR UNIK)

http://www.youtube.com/watch?v=Hkt2ILxzM50 (VIDEO REALITINYA)



Tuesday 16 April 2013

ONE SHOT VIDEO UPM

Hahh...ni pulak lagi satu tugasan menarik yang Dr.Notts hadiahkan kat kami semua..masa dapat tugasan ni kita cuma perlu senyum..'senyum, tak perlu kata apa-apa'..lirik lagu sapa entah yang bunyinya cenggitu..

Dr.Notts mengarahkan kami utk menari dsamping mmbuat miming sahaja.suara tk boleh keluar tau..kamera pula tak boleh bergerak langsung..kena duk diam je dari awal sehinggalah akhir lagu yang dimimingkan itu.

bermula dengan memilih lagu yang berkenan dihati, tema pakaian, step-step untuk mnari sehinggalah ke lokasi untuk mebuat video berkenaan sangat2 lah merumitkan. memandangkan ni kerja kumpulan, maka dengan itu kerjasama sesama ahli it tersangatlah penting. memang aku sangat bernasib baik la sebab dapat bgabung dengan orang-orang yang sememangnya boleh sekepala dengan aku.Kalau tak sekepala aku rasa haru jugak lah nak buat benda alah ni.

hasil drp perbincangan brsama ahli kumpuln, kami telah sepakat ut memilih lagu Gadis dan Bunga dendangan Rahimah Rahim, lokasi penggambara video pula di Taman Botani, Putrajaya..(jauh kami menjelajah semata-mata nk buat video ni) sebenarnya nk merayap, buat video tu alasan kukuh je..tema pakaian pula ala-ala gedik 90an gitu..haha..

setelah berkali-kali mbuat perkara yang sama, akhirnya kami sepakat utk memilih rakaman kali ke-8 utk diuploadkan ke dlm youtube sepertimana yang telah diarahkan oleh Dr. Notts. sebelum upload tu mestilah kena edit dulu..bab kerja edit-edit ni lah yang payah sebenarnya..menuntut tahap kesabaran yang sangatlah tinggi..tp kami tak mengalah..buat juga la sampai kami puas hati. selepas dua jam mengupload barulah hasilnya terlihat di laman youtube sepertimana yang dah ada sekarang ni. yang kat bawah ni gambar-gambar kami selepas penggambaran video tulah..sajalah nak bagi korang usha kan..hehehe..










SIMPULAN BAHASA UPM



Tugasan Dr.Notts kali ni pula semua pelajar harus meng 'update' blog masing2 tentang tugasan yang lepas..alahai..bab2 nak tulis ni la lemah tulng sendi rasanya..apakan daya, demi Dr.Notts tersayang, ku turutkan jua.

apa itu simpulan bahasa???
takkan la tak tahu lagi kan. Dari zaman bebudak lagi cikgu dah bagitahu kan. ok la kita teruskan je untuk cerita yang sebenarnya.

tugasan kali ini memerlukan semua kumpulan untuk memilih 12 simpulan bahasa yang berbeza antara kumpulan. memang mencabar otak ni utk berfikir sejenak..huh!!!bukan senang tau sebab otak kan dah berkarat.lama sangat dah tinggal bab2 simpulan bahasa ni. masa tu macam2 jenis simpulan bahasa la yang keluar. yang aku tak pernah dengar pun banyak jugak la. entah betul ke tidak la diaorang tu..bak kata kawan aku "hentam kromo jelah labu"...hasil drp prbncangan dalam kelas hari itu, terbitlah simpulan2 bahasa pilihan kami iaitu talam dua muka, bodoh sombong, pisau cukur, pasang dua, suara emas, bunting pelamin, berat mulut, perut kosong, hati batu, tin kosong, busuk hati dan pilih kasih.

Dah puas pilih memilih simpulan bahasa tu, kami kena menggayakan pula simpulan bahasa itu mengikut maksud simpulan bahasa it sendiri..tak mengapa..kena ikhlas dalam buat kerja ni baru la kita 'enjoy'!! tak gitu??



pasang dua

suara emas

perut kosong


Sunday 31 March 2013

JUST LISTEN...!!!

 JUST LISTEN...AWAK..TOLONGLAH DENGAR....

 Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.









Monday 11 March 2013

Bismillahirrahmanirrahim.......

Subhanallah... sempurna sungguh ciptaan Mu..dengan kekuasaan mu  hari ini lahirlah seorang lagi bidadari kecil di bumi Mu ini..si kecil ini telah diberi nama oleh ummi dan abi nya sebagai FATIHAH AISYAH BT. FAIZUL..namun, atas takdir Mu yang maha Esa...bidadari kecil ini telah dilahirkan dengan Cardiac Tumor iaitu ketumbuhan di dalam jantung. dalam masa dua minggu sahaja tumor tadi membesar dari 1.2cm menjadi 1.4cm...hati ibu mana yang tegar melihat si kecilnya menanggung segala kesakitan itu..meskipun aku bukanlah sesiapa dengannya tp ak juga turut merasakan kesakitan itu..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...kamu terlalu kecil untuk melalui semua ini sayang..

buat saat dan ketika ini..si kecil ini masih lagi tidak memerlukan bantuan wang ringgit...tp aku tahu dia memerlukan sesuatu yg jauh lebih bernilai dari wang ringgit...Doa kalianlah yang anak ini perlukan..semoga kamu kuat sayang..ak ingin sekali melihat kamu tumbuh menjadi insan yg berbakti pd agama bangsa dan negara...

ibu bapanya masih menunggu rezeki diberi peluang mndapat tarikh..
aku sangat mngerti debar mennti tarikh ..
menunggu utk mndapat peluang utk berikthiar..

sudikanlah membagi 2 minit kalian utk malaikat kecil ini..FATIHAH AISHAH BT FAIZUL..
al-fatihah...

rabbi yassir walaa tu'assir
rabbi tammim bilkhair.

tuhan,
temankanlah dia selalu,
titahkan makhukMu utk menjaganya,
berilah dia peluang utk merasa nyawa selama daya..amin............








Thursday 7 March 2013

BBM 3410


Assalamualaikum...

kalian pasti sibuk mencipta seribu satu idea tuk hasilkan blog ni kan..semoga kalian berjaya ya..
sblm tlupa sy TERPAKSA mention plak nama insan ini...kpd GADIS DESA trima kasih yang tidak terhingga kerana brsusah payah siapkan blog sy ni yer..

.sayang kamu la :-)