ikuti aku

Sunday, 31 March 2013

JUST LISTEN...!!!

 JUST LISTEN...AWAK..TOLONGLAH DENGAR....

 Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.









Monday, 11 March 2013

Bismillahirrahmanirrahim.......

Subhanallah... sempurna sungguh ciptaan Mu..dengan kekuasaan mu  hari ini lahirlah seorang lagi bidadari kecil di bumi Mu ini..si kecil ini telah diberi nama oleh ummi dan abi nya sebagai FATIHAH AISYAH BT. FAIZUL..namun, atas takdir Mu yang maha Esa...bidadari kecil ini telah dilahirkan dengan Cardiac Tumor iaitu ketumbuhan di dalam jantung. dalam masa dua minggu sahaja tumor tadi membesar dari 1.2cm menjadi 1.4cm...hati ibu mana yang tegar melihat si kecilnya menanggung segala kesakitan itu..meskipun aku bukanlah sesiapa dengannya tp ak juga turut merasakan kesakitan itu..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...kamu terlalu kecil untuk melalui semua ini sayang..

buat saat dan ketika ini..si kecil ini masih lagi tidak memerlukan bantuan wang ringgit...tp aku tahu dia memerlukan sesuatu yg jauh lebih bernilai dari wang ringgit...Doa kalianlah yang anak ini perlukan..semoga kamu kuat sayang..ak ingin sekali melihat kamu tumbuh menjadi insan yg berbakti pd agama bangsa dan negara...

ibu bapanya masih menunggu rezeki diberi peluang mndapat tarikh..
aku sangat mngerti debar mennti tarikh ..
menunggu utk mndapat peluang utk berikthiar..

sudikanlah membagi 2 minit kalian utk malaikat kecil ini..FATIHAH AISHAH BT FAIZUL..
al-fatihah...

rabbi yassir walaa tu'assir
rabbi tammim bilkhair.

tuhan,
temankanlah dia selalu,
titahkan makhukMu utk menjaganya,
berilah dia peluang utk merasa nyawa selama daya..amin............








Thursday, 7 March 2013

BBM 3410


Assalamualaikum...

kalian pasti sibuk mencipta seribu satu idea tuk hasilkan blog ni kan..semoga kalian berjaya ya..
sblm tlupa sy TERPAKSA mention plak nama insan ini...kpd GADIS DESA trima kasih yang tidak terhingga kerana brsusah payah siapkan blog sy ni yer..

.sayang kamu la :-)